Abang, sayang rasa tak larat je ni. Badan pun makin panas ni. Baby pun kurang gerak hari ni"
Salim memegang dahi isterinya. Panas. "Eh panas ni sayang. Jom kita pergi klinik la." "Tak nak lah abang. Ni demam biasa je ni. Nanti pergi klinik doktor suruh pergi hospital. Kalau kena warded, leceh lah." "Eh bab kesihatan ni awak jangan buat main-main. Lagi-lagi awak tengah pregnant tu. Dah, dah. Siap cepat. Jom" -- Betul ke demam masa hamil ni tak bahaya, hanya demam biasa sahaja? . Demam ketika hamil memang sesuatu yang patut dirisaukan oleh bakal ibu. Jika boleh ibu mahu mengelakkan daripada terkena demam namun ujian Allah siapalah yang mampu menahannya. Mahu atau tidak, ibu perlu menerimanya dengan hati yang reda. Antara faktor demam semasa hamil ialah apabila kita mempunyai darah merah yang kurang dalam badan. Rendah HB. Jadi pastikan bacaan HB anda sentiasa tinggi dan baik kerana ianya penting untuk zuriat di dalam perut anda tu. Ketahui 10 INFO PENTING UNTUK BAKAL IBU YANG DEMAM KETIKA HAMIL . 1. Mengikut kamus perubatan, demam sebenarnya adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang menjadi petunjuk seseorang menghidap sesuatu penyakit. 2. Demam yang agak tinggi dengan suhu melebihi 39.5 darjah Celcius mungkin boleh memberikan risiko kepada bayi dalam kandungan. Ibu yang mengalami demam teruk di awal kehamilan, boleh mengganggu proses pembentukan fizikal bayi. 3. Bayi yang dilahirkan berisiko lebih tinggi mengalami masalah spifina bifida terutama sekiranya ibu demam semasa proses pembentukan saraf tunjang pada hari ke-20 hingga 28 selepas telur disenyawakan. 4. Suhu badan yang terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Tetapi ia hanyalah kajian yang lemah. Ia boleh berlaku kepada wanita hamil yang mandi di dalam hot tub atau sauna. 5. Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudarat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahim. 6. Sebaiknya, ibu hamil yang mengalami demam prihatin dengan bacaan suhu badan sendiri. Guna termometer yang dapat memberitahu bacaan suhu badan yang tepat. 7. Minum air suam sebanyak yang boleh kerana badan sedang mengalami dehidrasi akibat demam. 8. Tuamlah badan dengan menggunakan tuala basah. Ia membantu haba dari badan dikeluarkan dan mengurangkan demam yang dialami. 9. Bagi yang beragama Islam, berdoalah seperti yang diajarkan, "Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu dan benarkan bimbingan RasulMu." 10. Jika ibu hamil mengalami demam disertai dengan rasa loya dan muntah, minumlah air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu. (Dipertik dari Majalah PaMa) -- Jadi mommies, jika mommies mengalami demam semasa hamil, sentiasa pantau suhu badan mommies dan pantau juga pergerakan baby dalam perut. Jika terasa kesakitan yang dialami luar dari kebiasaan, cepat-cepat jumpa doktor. . . Semoga mommies sentiasa sihat semasa hamil! .
0 Comments
Tahniah ibu, bakal terima orang baru dalam keluarga!😍
. Mesti awak excited kan? Hihi. Of course la, apa la Mama Ida ni. Siapa tak excited nak dapat baby kat rumah kan? Lagi-lagi kalau kehadiran baby tu memang dinanti sekian lama. . Dah masuk trimester ketiga ni, barang baby dah ready, baju semua dah siap, set bersalin pun dah siap. Apa lagi ya yang tak ada? . Pssst! Saja Mama Ida nak share ni. Nanti selepas bersalin, awak akan dimasukkan ke dalam wad bersama baby awak tau (jika tiada sebarang komplikasi). . Eh masa tu awak tahu, hanya tinggal awak dengan baby je. Teringat pula kenangan selepas melahirkan anak sulong dulu. Terkial-kial kita yang baru czer ni nak urus anak sorang-sorang. Dah lah ini #PENGALAMAN_PERTAMA. Memang culture shock sangat! . So kali ni Mama Ida nak share 7 TIPS UNTUK NEW MOMMIES SELEPAS BERSALIN sebagai panduan untuk awak yang bakal bergelar ibu! -- 1. SKIN TO SKIN Selepas bersalin, dalam labor room, kebiasaannya jika tiada sebarang masalah, ibu dibenarkan untuk memegang anak untuk kali pertama atau sesi SKIN TO SKIN bersama ibu dan anak. Moment ini sangat penting kerana inilah detik pertama si anak berada dalam pelukan ibu setelah sekian lama menghuni rahim ibu. Saat ini pasti akan jadi sangat berharga bagi ibu dan anak kerana ini kali pertama bertemu setelah 9 bulan ibu membawanya di dalam perut! Ibu boleh meminta izin daripada Doktor untuk melakukan sesi SKIN TO SKIN bersama anak, jika tiada sebarang komplikasi yang berlaku. 2. MULA BREASTFEED SELEPAS BERSALIN Semasa sesi SKIN TO SKIN, ibu dibenarkan untuk terus memulakan penyusuan badan. Bayi yang baru lahir sangat aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Jadi sebab itu, ibu sangat digalakkan memulakan penyusuan badan sebaik sahaja melahirkan si anak. Caranya, dakap bayi anda dan suakan puting payudara ke mulutnya. Untuk kali pertama, mungkin si anak masih belum pandai menghisap. Tapi tak mengapa, hanya biarkan anak mengecam dan belajar melekapkan mulutnya pada puting payudara ibu. 3. BABY DAH KELUAR, TAPI OOOPS! BELUM SIAP LAGI! Sebaik sahaja bayi berjaya dikeluarkan, jangan sangka anda sudah selesai, ibu! Kita perlukan tenaga awak sikit lagi untuk keluarkan uri. Jadi bertahan sekejap, anda mungkin akan rasa contraction sedikit, dan uri akan dikeluarkan dengan bantuan doktor. 4. MENGGIGIL SELEPAS BERSALIN Ini normal, ibu. Awak akan menggigil sedikit selepas proses bersalin. Ia mungkin disebabkan oleh keletihan, perubahan hormon semasa proses kelahiran. Awak boleh minta untuk minum sedikit air dan makan kurma daripada Doktor yang bertugas. 5. DARAH, DARAH, DARAH DI MANA-MANA Ibu jangan terkejut pula, beberapa jam selepas bersalin, ibu akan melihat darah yang banyak keluar dari faraj. Semasa dalam wad, Cik Misi akan sentiasa memantau keadaan dan kuantiti darah yang keluar. Jangan risau ya ibu! Makan banyak-banyak makanan yang boleh tambahkah darah seperti yang digariskan di Zuriat.my. 6. MAKANAN PERTAMA SELEPAS BERSALIN Percaya tak, selepas bersalin kita akan rasa sangat LAPAR! Ye lah kan, dah banyak tenaga kita guna masa di labour room tadi. Mahu tak lapar kan! 😁 Jangan segan bertanya pada Jururawat yang bertugas untuk dapatkan sedikit makanan untuk anda. Atau minta suami belikan makanan siap-siap supaya anda tak rasa kelaparan yang teramat! 7. BABY DAH KELUAR, TAPI KENAPA PERUT SAYA MASIH BESAR Biasa la tu ibu. 9 bulan kot ada penghuni dalam perut awak tu! 😄Tenang, perut kita akan kembali ke bentuk asal selepas tempoh berpantang. Yang penting jangan tinggal BENGKUNG dan BERTUNGKU. Ini antara tradisi berpantang yang penting sekiranya awak nak dapat kembali perut awak yang kempis satu masa dahulu! Oops! Satu lagi Mama Ida nak tambah. Ketika di dalam wad bersama bayi, jangan cepat PANIK. Ambil masa awak untuk sesuaikan diri. Awak kini sudah bergelar ibu! Jika anak menangis, periksa napkinnya, jika dia ada buang air besar. Baby newborn akan banyak mengeluarkan najis dalam beberapa hari selepas dilahirkan. Ok tak awak? Jangan lupa juga lepas bersalin tu, ambil terus sesudu dua Prenatal La Mamma ya! Untuk zuriat awak jugak. Badan awak perlukan tenaga, jadi minum saja Jus Postnatal La Mamma untuk kembali cergas 😍 Ini kawan saya Amni.
. Beliau ada hearing problem. Hard of Hearing namanya (HoH). . Banyak terselindung dari apa yang kelihatan. . Tabah, kool dan sempoi. . Rupanya Amni baru dikenalpasti bermasalah pendengaran semasa usianya 7 tahun, . Mula memakai alat bantuan pendengaran semasa usia 8 tahun. . Sebelum itu? . Katanya dia dilabel anak pendiam, bermasalah dan selalu buat hal. . Yalah, tak dengar kan? 😊 . Kategori dirinya adalah unik. Pertengahan. Bukan total loss hearing. . Jika di dalam komuniti pekak, dia sukar bergaul atau masuk kerana sign language mereka amat pantas. Amni tak dapat 'catch up'. . Jika di komuniti bercakap normal macam kita, Amni tetap sukar nak tangkap keseluruhan butir percakapan, kerana masalah pendengarannya. . Beliau dapat tangkap beberapa key word dalam satu ayat dan agak-agak sahaja. . Amni bergantung penuh kepada alat bantuan pendengarannya. . Bila pulang ke rumah, beliau akan tanggalkan alat ini, untuk fokus sendirian uruskan diri. Tanpa pendengaran. Alat ini ada bateri rupanya. Jadi nak jimat bateri juga katanya. . Amni ni pelupa juga macam saya. Pernah pagi ke tempat kerja, beliau lupa nak pakai semula alat bantuan pendengaran, dan perasan eh sunyi aja. Laa rupanya terlupa pasang!😂 . Dalam diri, katanya banyak konflik. Isu self esteem, konflik pertengahan dirinya, kes uniknya dan bermacam lagi. . Tapi, dirinya ada degree dan master. MasyaAllah. Kerja sama profesyen dengan saya di KKM. . Saya cuba cungkil sisi positif dan kekuatannya. . Ya, dia akui ramai ibubapa yang anaknya masalah pendengaran, akan berterima kasih kepadanya kerana ibubapa akan lebih fahami anaknya melalui perkongsian Amni. . Tapi dalam masa yang sama Amni juga kesal kerana ramai ibubapa kepada kanak-kanak masalah pendengaran fokus kepada perkembangan akademik (IQ) anak, dan bukan perkembangan emosi anak mereka. . Saya katakan, di situlah kekuatan dan tanggungjawab Amni. Gap yang Amni perlu 'fit in' dalam bidang ini. . Beritahu ibubapa akan keperluan emosi anak-anak ini, bagaimana nak dekati dan lebih empati. Bangunkan anak-anak ini. . Saya katakan, Allah tak jadikan sia-sia ujian untuk Amni ini, Amni ada tugas khas, misi dan peranan khusus sebagai khalifah di muka bumi ini. . Saya tekankan lagi, the more you share, the stronger you will be. . The power of GIVING & SHARING. . Sedekah masa, ilmu, advokasi. Ia berpanjangan. . Saya juga kerap berkongsi ehsabar kerana saya juga banyak diuji aspek sabar. Saya bukan sempurna. Tetapi saya berniat perbaik diri setiap hari. . Setiap hari. . Demi generasi penerus kami. . Perlu satu keberanian, katanya. . Ya, tak apa, mulakan kecil kecil dahulu....... . . . POINT SAYA UNTUK SEMUA IBUBAPA. . 1) Sensitif lah kepada keperluan anak. Walau anak tak bercakap, anak tetap mendengar. Walau anak tidak mendengar sekalipun, anak tetap ada hati (perasaan), dan merasai sesuatu. Tekanan, paksaan, jelekan, perbandingan, perbezaan dan sebagainya. . 2) Dalami emosi anak. Refleksi selalu perasaannya. Katakan Umi nampak xx macam marah/sedih/kecewa/geram/gembira sangat dan sebagainya, sebab yyzz. . 3) Luahkan perasaan kita juga sebagai ibubapa. Umi/mama rasa sangat sedih sebab xx tidak mahu jawab masa guru tanya. Umi sayang xx, Umi minta maaf sebab ada marah-marah dan paksa xx cakap depan teacher tadi. Umi macam tu sebab umi nak xx jadi lebih berani dan teacher tahu xx boleh bercakap, sama macam di rumah (contoh sahaja ya, saya banyak klien kanak-kanak selective mutism, anak memilih untuk mute di satu setting khusus manakala boleh bercakap di satu setting lain). . 4) Hargai anugerah dan tanggungjawab yang diberi Allah. Ada sebab tersendiri Allah beri ujian di dunia ini. Malahan kita tahu dunia ini memang tempat ujian dan ia sementara. Di akhirat kekal dan insyaAllah mudahan syurga hakiki kita. . Saya katakan, beritahu saya senarai kesyukuran Amni. . Amni ada kerjaya, ada orang tak dapat kerja. . Amni ada master degree, ada orang tak mampu sambung pengajian ke tahap lebih tinggi. . Amni ada ibu yang prihatin. Ada orang tak ada keluarga yang positif macam Amni. . Amni ada ruang berbicara, menulis, malahan bercakap. . Kata dia, dia bersyukur kerana dia ada suara. Menjadi kaunselor nya dia kerana dia bersyukur dia ada suara. . Ya, memiliki SUARA satu kesyukuran amat besar. . Saya pernah kehilangan suara kerana sakit tekak dulu, dan semasa itu saya menghargai nikmat ada suara. Subhanallah. Nikmat besar rupanya... . . Sebelum saya up kan post ini, saya minta izin Amni dan jika dia tak izin, saya takkan up kan. . Katanya, yang buat saya terharu: . "Ayat akak cukup empati dari sudut amni yg tersendiri. . Silakan lah akak. . Inilah jua apa yg Amni sebolehnya nak ibubapa fahami". .. "Kak maz, amni ada bacakan point2 yg kak maz tulis 👆🏻 . mak kata point no. 3 tu sebijik sgt apa yg mak amni buat selama 11 tahun amni bersekolah ( darjah 1-tingkatan 5 ). . memang setiap tahun mak akan jumpa cikgu2 sekolah amni, ustazah sekolah agama utk mention yg amni ni kurang dengar. so kalau amni ni senyap @ tak bagi respon tandanya dia tak ok lah tu (tak dengar) dan mak selalu remindkan amni setiap hari sblm ke sekolah "kalau tak dengar ,bagitaw cikgu". . tujuan mak keep strong remindkan guru2 dan amni supaya guru2 alert, ada empati dan simpati. guru2 kan busy takut2 terlepas pandang ingat amni ni ok2 aje. amni pun sbnrnya tak ingat, tp itulah yg diceritakan mak amni. . so mak amni kata betul cara aplikasi kak maznah tu 👍🏻😊" . . . 😩 MasyaAllah. Perasankah ibu bapa sekalian? Yang sering saya tekankan ialah komunikasi asertif dan luahan emosi diri dan anak. Inilah hasil Amni yang sangat baik pada pengamaran saya, dia ada ibu yang hebat dan banyak membantu dia. . Ibubapa sekalian, . Satu-satunya mesej utama saya. . STOP MELABEL ANAK. . Fahami dan telusuri iceberg anak. Anak buat hal, tengok dalaman dia. . Semalam saya share menulis di Telegram Alumni ehsabar. . "Petang tadi sampai aja rumah nenek, Fateh saya pun ada mood x ok sebab terganggu tidur, memang saya marah sebab dia marah saya bercakap 😌 . Saya bagi dia masuk bilik dan buka aircond. . Dia marah lagi. . Saya biar sat dan masuk balik serta cuba explain kat dia. . Tak ingat dah camana, dia ok dah pastu. Sah sebab dia ngantuk maka otak tak rasional, otak emosi (half way nak ke sedar tu), . Saya minta maaf dan explain, juga saya minta dia minta maaf juga atas kesilapan dia sebab marah (dia marah saya tak beri saya bercakap, semata sebab dia nak tidur, memang tak logik la sebab saya nak bercakap n layan adik dia nak makan kan, pastu pasal dia jelir lidah sebab dia marah saya tegur dia). . Kenalpasti dia marah sebab apa dan beritahu dia semula. Ini untuk self awareness dia. . Cth, Pagi tadi awal pagi, Fateh pukul-pukul juga kami, saya katakan "Fateh marah sebab nak tengok kartun tak dapat, Mummy Ayah ajak turun (dari bilik hotel, untuk makan pagi), . Cuma Fateh perlu beritahu Fateh marah sebab xxyz bukan pukul macam ni, Mami tak suka". . Fahami kenapa dia marah tu satu kelebihan yang terpuji untuk ibubapa yg bijak dan sabar, . serta ambil peluang untuk didik anak jadi asertif dan bijak dalam urus emosi dirinya (EQ skill). . Contoh idea gaya si ayah dia yang Intuting. . "Fateh bagitahu la ayah, "Ayah, Fateh marah ni sbb xxyyzz, Fateh nak geletek ayah /cium pipi ayah" (sentiasa berikan skrip baik untuk dia dengar dan apply). . (tuka terbalik dari sentuhan tak selamat ke lebih selamat) . Memang dia terus senyum gelak + dalam marah😁 . Key point saya kat sini ialah, Marah atau buat hal anak kecil TIADAK SAJA-SAJA atau DIA SUKA SUKA SENGAJA. . ada bersebab. . link kan sebab itu dalam ayat refleksi kita kepada dia, . i) dia tahu nama feeling itu ialah marah/geram/kecewa dll . ii) dan marah itu bersebab, kerana xyz, . iii) ajar solusi positif. alternatif dia boleh katakan atau lakukan selain yang dia spontan biasa buat . Refleksi, Maznah Ibrahim. Cuma perlu cek tangki emosi saja.
. Cukup kah sentuhan untuk nya? Peluk min 16 saat, cium, usap, sapu.. . Cukupkah masa luang bersama? Main, mengajar, berdua-dua special time tiap anak seketika... . Cukupkah perkataan baik yg mengesahkan untuk dia? Ucapan sayang, pujian, teguran berhemah.... . Cukupkah layanan baik istimewa untuk nya? Semudah mandikan dia, gosokkan giginya, pakaikan bajunya, sapukan minyak urut untuknya, buatkan air / makanan kegemaran dia... . Dan dah lama sangat kah tak beli kan sesuatu benda untuknya? Pensel kaler dah kontot semua, baju dah sendat semua, mainan pecah semua... (kecil tapi bermanfaat pun dia akan suka). . . Cek. Penuhkan. . Hargai. . . Maznah Ibrahim. Alhamdulillah, apa sahaja yang saya usahakan dalam terapi untuk emosi, semuanya berkaitan dengan apa yang saya perhatikan pada klien kaunseling, iaitu kepentingan emosi yang positif, kuat, dan stabil dalam keseluruhan manusia yang seimbang, sihat dan berjaya.
. Pertama kali saya 'trigger' mengenai ini ialah dari sebuah artikel dalam majalah solusi banyak tahun yang lalu. . Qalb - jiwa - heart - jantung - 'hati' . Kan dari mata turun ke hati, Apa jua berkenaan perasaan dikaitkan dengan hati. Gambar Love pun banyak bentuk hati <3 kan. Baik hati, hati lembut, hati keras, kuat hati, dan sebagainya. . Di sini saya attach kan satu penulisan dari Institut Heartmath yang telah membuat kajian sejak tahun 1991 (kini telah 26 tahun), . juga artikel berkenaan Jantung Organ Boleh Berfikir, ditulis oleh seorang doktor perubatan di hospital kerajaan, . dan teknik pernafasan yang saya sering beri tool nya kepada mana-mana klien kaunseling saya. . Sahabat ibu bapa juga boleh cuba. . Rythm nya ikut pace jantung masing-masing. . Deep breathing. Tak semestinya kiraan 8 macam latihan lain tu, memadai hingga 5 in dan 5 out pun ok. (5 maksud 5 saat), . asalkan rythm in dan out sama banyak dan seimbang, perlahan-lahan (biasanya out tu boleh cepat aja kan😂) . |