Tahniah ibu, bakal terima orang baru dalam keluarga!😍
. Mesti awak excited kan? Hihi. Of course la, apa la Mama Ida ni. Siapa tak excited nak dapat baby kat rumah kan? Lagi-lagi kalau kehadiran baby tu memang dinanti sekian lama. . Dah masuk trimester ketiga ni, barang baby dah ready, baju semua dah siap, set bersalin pun dah siap. Apa lagi ya yang tak ada? . Pssst! Saja Mama Ida nak share ni. Nanti selepas bersalin, awak akan dimasukkan ke dalam wad bersama baby awak tau (jika tiada sebarang komplikasi). . Eh masa tu awak tahu, hanya tinggal awak dengan baby je. Teringat pula kenangan selepas melahirkan anak sulong dulu. Terkial-kial kita yang baru czer ni nak urus anak sorang-sorang. Dah lah ini #PENGALAMAN_PERTAMA. Memang culture shock sangat! . So kali ni Mama Ida nak share 7 TIPS UNTUK NEW MOMMIES SELEPAS BERSALIN sebagai panduan untuk awak yang bakal bergelar ibu! -- 1. SKIN TO SKIN Selepas bersalin, dalam labor room, kebiasaannya jika tiada sebarang masalah, ibu dibenarkan untuk memegang anak untuk kali pertama atau sesi SKIN TO SKIN bersama ibu dan anak. Moment ini sangat penting kerana inilah detik pertama si anak berada dalam pelukan ibu setelah sekian lama menghuni rahim ibu. Saat ini pasti akan jadi sangat berharga bagi ibu dan anak kerana ini kali pertama bertemu setelah 9 bulan ibu membawanya di dalam perut! Ibu boleh meminta izin daripada Doktor untuk melakukan sesi SKIN TO SKIN bersama anak, jika tiada sebarang komplikasi yang berlaku. 2. MULA BREASTFEED SELEPAS BERSALIN Semasa sesi SKIN TO SKIN, ibu dibenarkan untuk terus memulakan penyusuan badan. Bayi yang baru lahir sangat aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Jadi sebab itu, ibu sangat digalakkan memulakan penyusuan badan sebaik sahaja melahirkan si anak. Caranya, dakap bayi anda dan suakan puting payudara ke mulutnya. Untuk kali pertama, mungkin si anak masih belum pandai menghisap. Tapi tak mengapa, hanya biarkan anak mengecam dan belajar melekapkan mulutnya pada puting payudara ibu. 3. BABY DAH KELUAR, TAPI OOOPS! BELUM SIAP LAGI! Sebaik sahaja bayi berjaya dikeluarkan, jangan sangka anda sudah selesai, ibu! Kita perlukan tenaga awak sikit lagi untuk keluarkan uri. Jadi bertahan sekejap, anda mungkin akan rasa contraction sedikit, dan uri akan dikeluarkan dengan bantuan doktor. 4. MENGGIGIL SELEPAS BERSALIN Ini normal, ibu. Awak akan menggigil sedikit selepas proses bersalin. Ia mungkin disebabkan oleh keletihan, perubahan hormon semasa proses kelahiran. Awak boleh minta untuk minum sedikit air dan makan kurma daripada Doktor yang bertugas. 5. DARAH, DARAH, DARAH DI MANA-MANA Ibu jangan terkejut pula, beberapa jam selepas bersalin, ibu akan melihat darah yang banyak keluar dari faraj. Semasa dalam wad, Cik Misi akan sentiasa memantau keadaan dan kuantiti darah yang keluar. Jangan risau ya ibu! Makan banyak-banyak makanan yang boleh tambahkah darah seperti yang digariskan di Zuriat.my. 6. MAKANAN PERTAMA SELEPAS BERSALIN Percaya tak, selepas bersalin kita akan rasa sangat LAPAR! Ye lah kan, dah banyak tenaga kita guna masa di labour room tadi. Mahu tak lapar kan! 😁 Jangan segan bertanya pada Jururawat yang bertugas untuk dapatkan sedikit makanan untuk anda. Atau minta suami belikan makanan siap-siap supaya anda tak rasa kelaparan yang teramat! 7. BABY DAH KELUAR, TAPI KENAPA PERUT SAYA MASIH BESAR Biasa la tu ibu. 9 bulan kot ada penghuni dalam perut awak tu! 😄Tenang, perut kita akan kembali ke bentuk asal selepas tempoh berpantang. Yang penting jangan tinggal BENGKUNG dan BERTUNGKU. Ini antara tradisi berpantang yang penting sekiranya awak nak dapat kembali perut awak yang kempis satu masa dahulu! Oops! Satu lagi Mama Ida nak tambah. Ketika di dalam wad bersama bayi, jangan cepat PANIK. Ambil masa awak untuk sesuaikan diri. Awak kini sudah bergelar ibu! Jika anak menangis, periksa napkinnya, jika dia ada buang air besar. Baby newborn akan banyak mengeluarkan najis dalam beberapa hari selepas dilahirkan. Ok tak awak? Jangan lupa juga lepas bersalin tu, ambil terus sesudu dua Prenatal La Mamma ya! Untuk zuriat awak jugak. Badan awak perlukan tenaga, jadi minum saja Jus Postnatal La Mamma untuk kembali cergas 😍
0 Comments
Leave a Reply. |