Abang, sayang rasa tak larat je ni. Badan pun makin panas ni. Baby pun kurang gerak hari ni"
Salim memegang dahi isterinya. Panas. "Eh panas ni sayang. Jom kita pergi klinik la." "Tak nak lah abang. Ni demam biasa je ni. Nanti pergi klinik doktor suruh pergi hospital. Kalau kena warded, leceh lah." "Eh bab kesihatan ni awak jangan buat main-main. Lagi-lagi awak tengah pregnant tu. Dah, dah. Siap cepat. Jom" -- Betul ke demam masa hamil ni tak bahaya, hanya demam biasa sahaja? . Demam ketika hamil memang sesuatu yang patut dirisaukan oleh bakal ibu. Jika boleh ibu mahu mengelakkan daripada terkena demam namun ujian Allah siapalah yang mampu menahannya. Mahu atau tidak, ibu perlu menerimanya dengan hati yang reda. Antara faktor demam semasa hamil ialah apabila kita mempunyai darah merah yang kurang dalam badan. Rendah HB. Jadi pastikan bacaan HB anda sentiasa tinggi dan baik kerana ianya penting untuk zuriat di dalam perut anda tu. Ketahui 10 INFO PENTING UNTUK BAKAL IBU YANG DEMAM KETIKA HAMIL . 1. Mengikut kamus perubatan, demam sebenarnya adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang menjadi petunjuk seseorang menghidap sesuatu penyakit. 2. Demam yang agak tinggi dengan suhu melebihi 39.5 darjah Celcius mungkin boleh memberikan risiko kepada bayi dalam kandungan. Ibu yang mengalami demam teruk di awal kehamilan, boleh mengganggu proses pembentukan fizikal bayi. 3. Bayi yang dilahirkan berisiko lebih tinggi mengalami masalah spifina bifida terutama sekiranya ibu demam semasa proses pembentukan saraf tunjang pada hari ke-20 hingga 28 selepas telur disenyawakan. 4. Suhu badan yang terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Tetapi ia hanyalah kajian yang lemah. Ia boleh berlaku kepada wanita hamil yang mandi di dalam hot tub atau sauna. 5. Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudarat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahim. 6. Sebaiknya, ibu hamil yang mengalami demam prihatin dengan bacaan suhu badan sendiri. Guna termometer yang dapat memberitahu bacaan suhu badan yang tepat. 7. Minum air suam sebanyak yang boleh kerana badan sedang mengalami dehidrasi akibat demam. 8. Tuamlah badan dengan menggunakan tuala basah. Ia membantu haba dari badan dikeluarkan dan mengurangkan demam yang dialami. 9. Bagi yang beragama Islam, berdoalah seperti yang diajarkan, "Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu dan benarkan bimbingan RasulMu." 10. Jika ibu hamil mengalami demam disertai dengan rasa loya dan muntah, minumlah air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu. (Dipertik dari Majalah PaMa) -- Jadi mommies, jika mommies mengalami demam semasa hamil, sentiasa pantau suhu badan mommies dan pantau juga pergerakan baby dalam perut. Jika terasa kesakitan yang dialami luar dari kebiasaan, cepat-cepat jumpa doktor. . . Semoga mommies sentiasa sihat semasa hamil! .
0 Comments
Leave a Reply. |